Harini, Xiaomi telah memperkenalkan notebook pertama mereka versi 4G ke pasaran China. Xiaomi Notebook Air kali pertama dilancarkan pada Ogos yang lalu dan ia dilihat memberi saingan kepada Apple Ipad Air dengan rekaan menawan serta perkasasan yang mengagumkan.

IKLAN

Xiaomi masih mengekalkan reka bentuk nipis dan elegen tersebut untuk versi baru ini, tetapi perbezaan yang ketara adalah versi ini hadir dengan sokongan 4G LTE serta pemproses yang baru. Pada pengumuman tersebut, syarikat berkenaan turut mengumumkan rekod jualan model terdahulu yang mencecah angka 220,000 unit dalam jangka masa 3 bulan.

Spesifikasi

Mi Notebook Air 4G masih mengekalkan dua variasi saiz dari model awal. Salah satu versi adalah berukuran 13.3 inci dilengkapkan dengan pemproses Intel Core i7, manakala versi yang lagi satu berukuran 12.5 inci. Kedua-duanya didatangkan dengan keupayaan 4G tanpa memerlukan kad SIM. Xiaomi mahu memastikan laptop keluarannya berupaya mengakses internet kelajuan tinggi di setiap pelusuk China dengan syarikat telco negara itu, China Mobile turut memberikan data internet secara percuma untuk tempoh satu tahun.

IKLAN

 

mi-notebook-air-5

IKLAN

Versi 12.5 inci mempunyai reka bentuk logam nipis yang elegen dan tidak cukup dengan itu ia dikuasakan dengan bateri yang dikhabarkan mampu bertahan sehingga 11.5 jam. Versi ini juga diperkasa dengan pemproses Intel Core M3 disamping RAM 4GB dan memori SSD SATA 128GB. Selain itu, ciri menarik yang boleh didapati pada Mi Notebook Air 4G ini adalah mempunyai speaker dari AKG, dan format bunyi Dolby Surround.

mi-notebook-air

Seterusnya adalah model 13.3 inci yang tampil dengan pemproses yang lebih berkuasa- Intel Core i7 berkelajuan 3.0GHz yang dinaik taraf dari versi awal dan dikatakan memberi 10% peningkatan dalam prestasi. Pemproses berkuasa tinggi versi ini akan digandingkan dengan RAM DDR4 8GB dan dilengkapkan dengan memori SSD 256GB PCIe. Jangka hayat bateri pulak mampu bertahan sehingga 9.5 jam dan turut dipasang dengan speaker AKG.

mi-notebook-air-8

Di samping itu, Mi Notebook Air 4G ini mampu membawa perisian ‘berat’ seperti Photoshop, CAD dan perisian profesional yang lain. Ia juga menunjukkan prestasi tinggi dalam memproses permainan ekstrem termasuk permainan 3D. Kedua-dua versi dipasang dengan kad grafik Nvidia GeForce 940MX yang menyokong DirectX, PhysX dan Boost 2.0.

Harga jualan Xiaomi Notebook Air 4G adalah dalam lingkungan ~RM 4700 untuk versi 12.5 inci dan ~RM 4500 untuk versi 13.3 inci.

Sumber: GizmoChina