Anda Tidak Perlukan Topi Keledar Untuk Menunggang Motosikal Konsep Dari BMW





Pada masa kini, banyak kita lihat fungsi keselamatan untuk kereta diperkenalkan. Dari pencegahan perlanggaran sehinggakan membantu anda memandu di lorong yang betul. Perkara sebaliknya terjadi pada motosikal. Fungsi keselamatan motosikal agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kereta. BMW, syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dunia merancang untuk mengeluarkan sebuah motorsikal yang mampu ditunggang dengan selamat pada 30 tahun akan datang.







Motosikal konsep yang dipanggil Motorad Vision Next 100 itu mempunyai sistem keselamatan aktif, boleh ditunggang tanpa perlu menggunakan topi keledar mahupun jaket kulit yang tebal. Motosikal ini merupakan generasi terbaru kepada kenderaan konsep dari BMW Group. Ia bermotifkan kenderaan yang bakal dihasilkan syarikat tersebut untuk 100 tahun akan datang.







Motorad berkonsepkan sistem self-right dimana ia akan membezakan samada ia bergerak ataupun sedang berhenti. Terdapat beberapa sistem lain dan salah satunya dipanggill "Digital Companion" yang membantu penunggang dengan memberi nasihat serta idea untuk mengoptimumkan cara tunggangan. Selain itu, motosikal konsep ini mempunyai sistem "The Visor", iaitu sepasang cermin mata yang merangkumi keseluruhan pandangan mata dan akan dikawal dengan pergerakan mata. Ia akan membantu dengan memberi maklumat keadaan jalanraya disamping membetulkan tunggangan motosikal tersebut secara berterusan.







"Motosikal ini mempunyai rangkaian penuh data disambungkan dari kawasan sekitarnya dan satu set sistem yang beroperasi di latar belakang. Jadi ia tahu apa yang bakal ditempuhi di sepanjang perjalanan." kata Holger Hampf salah seorang ketua pegawai dari BMW.



Sumber: Bloomberg