Unifi Basic 30Mbps Dengan Harga Langganan RM 79 Sebulan

Lanjutan dari pengumuman yang dibuat oleh TM tempoh hari, satu pelan berkelajuan 30Mbps dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM79 telah diperkenalkan secara rasmi hari ini.

Dikenali sebagai Unifi Basic ia hadir sebagai pelan permulaan yang menyasarkan kepada pengguna daripada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM4500.

Walaupun begitu, terdapat kuota data bagi Unifi Basic dimana had penggunaan hanyalah 60GB sebulan. Ia juga tidak didatangkan dengan telefon, serta Unifi TV.

Pra-daftar pelan ini boleh dibuat melalui laman web Unifi bermula 15 Julai 2018 dan penawaran secara rasmi akan bermula pada 15 Ogos hadapan.

Baca juga - TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka