Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Pengangkutan Awam Bakal Laksana Touch ‘n Go Secara Menyeluruh Pada 2019

Semua Pengangkutan Awam Bakal Laksana Touch ‘n Go Secara Menyeluruh Pada 2019

Diterbitkan September 19, 2017 · Dikemas kini September 19, 2017 oleh Helmi Samsuri

Dengan terbinanya bermacam-macam kemudahan pengangkutan di dalam negara, pelbagai sistem diperkenalkan bagi membantu rakyat menikmatinya dengan lancar. Salah satu contoh adalah pengunaan sistem pembelian tiket dengan platform Touch ‘n Go di stesen-stesen LRT, dan MRT.

Kehadiran sistem Touch ‘n Go di lokasi-lokasi tersebut sememangnya ditunggu-tunggu ramai kerana pengguna tidak perlu lagi berurusan dengan cara pembelian yang berlainan (token ataupun tiket) bagi setiap jenis pengangkutan.

Memetik laporan dari The Sun Daily, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan, sistem tiket bersepadu untuk kesemua jenis pengangkutan awam akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2019.

Tambahnya lagi, syarikat penyedia pengangkutan mestilah bersedia menggunapakai sistem pembayaran tersebut supaya ia mencapai sasaran pelaksanaan sepenuhnya dua tahun lagi.

Difahamkan perkhidmatan bas dan KTM Komuter juga sedang dalam proses peralihan kepada sistem tersebut. Diharapkan dengan naik taraf ini, platform Touch ‘n Go turut memperlicinkan servis mereka, terutama sekali dari segi kemudahan tambah nilai.

Sumber: The Sun Daily

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY