Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Perkenal “Prepaid Internet Reload”, Mudahkan Pengguna Tambah Data Internet

Digi Perkenal “Prepaid Internet Reload”, Mudahkan Pengguna Tambah Data Internet

Diterbitkan Ogos 13, 2018 · Dikemas kini Ogos 13, 2018 oleh Helmi Samsuri

Hari ini Digi telah memperkenalkan satu servis yang dipanggil sebagai Prepaid Internet Reload.

Digi Prepaid Internet Reload (BM)

Bakal memudahkan pengguna pra-bayar, Prepaid Internet Reload memberikan pilihan kepada pengguna untuk tambah nilai data sahaja. Ia tidak melibatkan pelan panggilan dan mesej.

Terdapat dua pilihan, pertama adalah RM3 untuk 3GB dengan tempoh sah sehingga 24jam. Satu lagi pilihan adalah RM10 untuk data sebesar 8.5GB bersama tempoh sah sehingga 7 hari.

Digi Internet Reload sudah boleh dibeli dari…

  • 99 Speedmart,
  • Happy Mart,
  • KK Mart,
  • MyNews,
  • Watsons,
  • AEON Big,
  • Cold Storage,
  • Giant,
  • Tesco,
  • BHPetrol,
  • Caltex dan
  • Petron.

Sementara itu, peruncit lain seperti 7-Eleven, Petronas, dan Shell akan mula menjualnya pada bulan September hadapan.

Cara menggunakannya adalah mudah. Masukkan kod 16 digit untuk tambah nilai data itu pada aplikasi MyDigi atau secara dail melalui  *123*. Maklumat lanjut boleh diperolehi di Digi.

Tambah nilai melalui kod UMB *123*

Screen Shot 2018-08-13 at 4.51.14 PM

 

Tambah nilai pada aplikasi MyDigi

Screen Shot 2018-08-13 at 4.51.53 PM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY