Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau

Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau

Diterbitkan November 4, 2018 · Dikemas kini November 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Diperkenalkan pada pertengahan Oktober yang lalu, Siri Mate 20 sememangnya mendapat pujian daripada ramai peminat peranti mudah alih.

Disebut sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2018, baru-baru ini terdapat aduan daripada beberapa pengguna yang mendakwa Mate 20 Pro mereka mengalami masalah kehijauan pada skrin.

Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau

Warna hijau muncul disekeliling skrin apabila pemilik ingin melihat kandungan yang mempunyai latarbelakang gelap. Namun, begitu ada juga sesetengah unit yang dikatakan mempunyai masalah kehijauan lebih ketara.

Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau

Mengutip laporan daripada GSMArena, Huawei UK Community Forum Manager menjelaskan bahawa, “Mate 20 Pro menggunakan skrin OLED terkemuka dalam industri yang memaparkan reka bentuk khas dengan sisi melengkung untuk pengalaman visual yang dipertingkatkan dan lebih selesa. Ia mungkin menyebabkan perubahan warna apabila dilihat dari sudut berbeza.”

Dalam pada itu, Huawei Finland pula mengeluarkan kenyataan mereka sedang menyiasat permasalahan itu. Di Finland, pengguna yang terkesan dengan skrin kehijauan akan menerima unit telefon pintar yang baru tanpa dikenakan caj.

Kami sudah berhubung dengan agensi Huawei Malaysia (Dentsu X), dan mereka menyatakan pihak syarikat pengeluar akan menjalankan prosedur dengan menyarankan pengguna yang terkesan untuk ke pusat perkhidmatan untuk bagi penilaian peranti untuk proses pertukaran atau sebaliknya.

Sumber:  GSMArena dan XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY