Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi note 10 lite

Xiaomi Mi Note 10 Lite Rasmi Berharga RM 1599 – Snapdragon 730G, Kuad Kamera 64MP, Dan 5260mAh

Diterbitkan Mei 11, 2020 · Dikemas kini Mei 11, 2020 oleh Meor Hasyim

Xiaomi Mi Note 10 yang dilancarkan pada Disember tahun 2019 lalu hadir dengan harga jualan yang agak ‘premium’. Mana tidaknya ia hadir dengan spesifikasi kamera yang melampau 108MP dalam pada masa yang sama menggunakan cip kelas pertengahan Snapdragon 730G.

Sehubungan itu, Xiaomi telah membangunkan sebuah versi ringan untuk Mi Note 10 yang diberi nama Mi Note 10 Lite. Peranti ini telah diumumkan secara rasmi untuk pasaran global 30 April lalu. Hari ini, pihak Xiaomi Malaysia telah membawanya masuk secara rasmi untuk pasaran tempatan.

The Redmi Note 9 and Mi Note 10 Lite are Xiaomi's latest take on ...

Secara keseluruhan, ia masih mengekalkan kebanyakan spesifikasi Mi Note 10 namun telah diringankan agar menepati pakej untuk sebuah peranti versi ‘Lite’ terutamanya dari aspek kameranya.

Mi Note 10 Lite hadir dengan paparan 6.47 inci AMOLED Full HD+ dan dijana cip pemprosesan Snapdragon 730G. Perbezaan utamanya adalah sistem kamera yang kini dimuatkan dengan 4 lensa 64MP, 8MP telefoto, 5MP makro dan 2MP depth.

Xiaomi Mi Note 10 Lite Rasmi Berharga RM 1599 – Snapdragon 730G, Kuad Kamera 64MP, Dan 5260mAh

Untuk swafoto pula ia menyertakan sensor 32MP yang diletakkan pada takuk kecil peranti. Terdapat hanya 1varian memori iaitu 8GB/128GB. Kapasiti bateri adalah sebesar 5,260mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 30W.

Antara fungsi lain adalah pemancar IR, USB–C, paparan melengkung, bicu audio 3.5mm dan juga NFC.

mi note 10 lite

Di Malaysia, peranti dijual pada harga RM 1,599. Jualan bermula pada 12 Mei ini. Pengguna bakal mendapat percuma beg Mi Business Backpack 2 jika membelinya di Lazada ataupun percuma Redmi Powerbank 20,000mAh melalui pengedar yang sah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY