Berkenaan dengan spesifikasi, Mi Note 10 Lite menampilkan skrin paparan 6.47 inci AMOLED FHD+ dengan lengkung disisi.
Bahagian itu juga turut dihuni ciri lain seperti cap imbasan cap jari pada paparan serta mempunyai takuk bagi menempatkan kamera swafoto 32MP. Panel hadapan serta belakang peranti ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5.
Tugas rakaman foto dan video Mi Note 10 Lite diberikan kepada sistem kuad kamera 64MP Sony IMX 686, 8MP telefoto, 5MP Makro serta 2MP depth. Dikuasakan dengan Snapdragon 730G, ia bakal digandingkan dengan pasangan memori RAM 6GB+64GB serta RAM 6GB+128GB.
Mi Note Lite dimuatkan dengan kapasiti bateri sebesar 5260mAh dan turut dibekalkan dengan pengecasan 30W dari dalam kotak. Ia mempunyai tiga pilihan warna iaitu Nebula Purple, Glacier Whiter serta Midnight Black.
Harga yang ditetapkan untuk Mi Note 10 Lite bagi pasaran eropah adalah 399 euro (~RM1865) bagi storan 128GB dan 349 euro (~RM1632) bagi variasi 64GB. Harga ini pastinya berbeza mengikut pasaran disebabkan beberapa faktor seperti cukai, VAT dan lain-lain. Jadi mungkin kita boleh meramal harga disini lebih rendah sedikit berbanding pasaran Eropah.
Xiaomi menyatakan Mi Note 10 Lite akan mula berada dipasaran global pada pertengahan Mei ini. Buat masa sekarang belum dapat dipastikan lagi sama ada ia akan menjengah pasaran tempatan ataupun tidak.
Berkaitan
- Windows 10 Insider 18898: Task Manager Akan Papar Jenis Cakera Keras Yang Digunakan Komputer
- Sistem Amaran Tsunami Menerusi SMS
- Bateri Xiaomi Mi A2 Cepat Habis Mungkin Disebabkan Pepijat Pada Pengimbas Cap Jari
- Pelancaran Samsung Galaxy Note 8 Bagi Pasaran Malaysia Dijadualkan Berlangsung Pada 21 September Ini
- Ini Mungkin Rupa Bentuk Mi 11
- Xiaomi Perkenal Cermin Pandang Belakang Pintar Untuk Kegunaan Kereta
- Android 10 Catat Kadar Penggunaan Paling Pantas Berbanding Sistem Terdahulu
- MediaTek Helio G85 Diperkenalkan Secara Rasmi
- The Division 2 - Ini Spesifikasi Minimum Komputer Untuk Memainkannya
- Imej Ini Didakwa Panel Paparan Untuk Nokia 9, Mirip Huawei Mate 9 Pro