Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-10-19 at 11.12.29 AM

Xiaomi Mi Mix 3 Muncul Dalam Satu Video Acah Menjelang Tarikh Pelancarannya 25 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 19, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2018 oleh Haikel Areff

Xiaomi telah mengesahkan bahawa model dengan skrin boleh luncur mereka, Mi Mix 3 akan dilancarkan pada 25 Oktober ini. Sehubungan dengan itu, peranti berkenaan telah muncul dalam satu video acah baru-baru ini.

https://youtu.be/dVyhhutsjPY

Youtube Xiaomi Global Community

Dalam video berkenaan, dapat diperhatikan dengan jelas bahawa peranti tersebut diluncurkan secara manual. Perkara ini bukan lagi rahsia memandangkan ia telah pun didedahkan beberapa kali sebelum ini.

Beberapa spesifikasi mengenai peranti berkenaan telah mula didedahkan atas talian sejak beberapa hari lalu. Antaranya ialah ia bakal dilengkapi dengan memori sebesar 10GB RAM serta sokongan sambungan 5G.

Xiaomi Mi Mix 3 Muncul Dalam Satu Video Acah Menjelang Tarikh Pelancarannya 25 Oktober Ini

Malah, terdapat juga laporan mengatakan ia akan muncul sebagai peranti pertama dengan cip Snapdragon 855(atau 8150). Namun sehingga hari ini, masih belum ada sebarang pengumuman mengenainya baik dari Xiaomi mahupun pihak Qualcomm sendiri.

 

Sumber : Xiaomi Global Community

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY