Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Mix 3 5G Mungkin Dilengkapi Dengan RAM Sebesar 10GB

Xiaomi Mi Mix 3 5G Mungkin Dilengkapi Dengan RAM Sebesar 10GB

Diterbitkan Oktober 16, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Ketika awal khabar angin bertiup, Mi Mix 3 dikatakan bakal hadir diperkenalkan pada 15 Oktober tetapi tidak lama selepas itu, sebuah poster di Weibo mengesahkan pelancarannya dibuat pada 25 Oktober depan.

Xiaomi Mi Mix 3 5G Mungkin Dilengkapi Dengan RAM Sebesar 10GB

Selepas itu, sebuah lagi poster dimuat naik ke Weibo dan ia membayangkan spesifikasi yang akan dipertaruhkan pada model ini.

Xiaomi Mi Mix 3 5G Mungkin Dilengkapi Dengan RAM Sebesar 10GB

Mi Mix 3 digembar-gemburkan akan mempunyai sokongan 5G selain skrin paparan yang boleh disorong tarik.

Berdasarkan poster terbaru, perkataan 10G mendapat perhatian ramai pihak dimana ia mungkin petunjuk kepada penawaran RAM 10GB.

Walaupunbegitu, ia hanyalah andaian daripada peminat dan sama-sama kita nantikan apa yang bakal Xiaomi umumkan.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY