Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Dengan Harga Mampu Milik Akan Turut Diperkenalkan Kelak

Seperti yang pernah kami nyatakan sebelum ini, peranti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition berkemungkinan besar akan mula dipasarkan pada bulan ini. Belum pun ia mula dijual, Xiaomi telah mengesahkan bahawa dua lagi variasi lebih mampu milik akan dilancarkan untuk peranti ini.

Menurut laporan yang diperolehi, Xiaomi telah menyenaraikan variasi 4GB RAM+64GB ROM dan 6GB+128GB ROM di laman TENAA beberapa hari lepas. Sebelum ini, Xiaomi hanya mengumumkan model 8GB RAM dengan 128 GB ROM sahaja semasa peranti ini diperkenalkan buat kali pertama.


Kredit : TENAA


Dengan penyeneraian tersebut, ini bermakna variasi berkenaan akan dijual dengan harga yang lebih mampu milik berbanding tanda harga 3,699 Yuan(~RM 2,241) yang diumumkan buat variasi 8GB RAM sebelum ini.

Selain itu, Xiaomi turut menyenaraikan model dengan simpanan dalaman 256GB dalam kemaskini penyenaraian berkenaan. Bagi sebuah peranti yang hadir tanpa sokongan kad mikroSD, ruang simpanan dalaman amat penting untuk diambil kira oleh bakal pembeli yang berminat.

Sumber