Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi 11 28 disember

Xiaomi Mi 11 Rasmi Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini

Diterbitkan Disember 22, 2020 ยท Dikemas kini Disember 22, 2020 oleh Amalina Athman

Pada awal bulan ini, Qualcomm telah mengumumkan cip Snapdragon 888 akan dimuatkan pada peranti andalan untuk tahun 2021. Selepas dilancarkan, Xiaomi telah mengumumkan Mi 11 akan menjadi yang pertama dilancarkan dengan cip Snapdragon 888. Spekulasi sebelum ini menyatakan siri Mi 11 akan dilancarkan pada akhir bulan ini.

Terbaru, Xiaomi menerusi Weibo kini mengesahkan siri Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember 2020.

pelancaran Mi 11

Seperti yang didedahkan melalui poster, Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember 2020, 7.30 malam. Bagaimanapun, syarikat itu buat masa ini belum lagi berkongsikan lebih lanjut mengenai spesifikasi yang bakal ditawarkan untuk barisan peranti Mi 11.

Terdahulu, Xiaomi Mi 11 dilaporkan telah dikesan melalui pangkalan data GeekBench. Menerusinya, ia memperlihatkan peranti ini dengan cip Snapdragon 888, Android 11 dan RAM 12GB.

Sumber: Weibo via Gizmo China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY