Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Sahkan Mi 11 Adalah Peranti Pertama Yang Akan Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 888

Posted on Disember 2, 2020Disember 2, 2020

Qualcomm menerusi acara Snapdragon Tech Summit 2020 telahpun mengumumkan cip premium terkini, Snapdragon 888.

Mi 11 Snapdragon 888

Dalam masa yang sama, Xiaomi juga telah mengesahkan Mi 11 akan menjadi peranti pertama yang akan dilancarkan dengan cip pemproses Snapdragon 888. Dengan pengesahan ini, sudah pasti tarikh pelancaran Mi 11 juga akan diumumkan tidak lama lagi.

Menerusi penstriman langsung acara tersebut, Lei Jun yang merupakan CEO Xiaomi mengatakan Snapdragon 888 adalah cip pemproses paling berkuasa daripada Qualcomm. Menurutnya lagi,

“I’m glad that our new flagship smartphone Mi11 will be the one of the first devices with Snapdragon 888. This is another cutting-edge product from us and will be loaded with various hardcore technologies.”

Let's hear what our Founder, Chairman, and CEO @Leijun has to say about the new powerful #Snapdragon888 and our upcoming flagship #Mi11! #InnovationForEveryone #SnapdragonSummit pic.twitter.com/amnj4CN7D6

— Xiaomi (@Xiaomi) December 1, 2020

Dengan cip Snapdragon 888, ia dapat memperluaskan sokongan rangkaian 5G menerusi mmWave dan sub-6GHz. Cip ini turut dilengkapi generasi keenam AI Engine, yang menjanjikan prestasi dan kecekapan tenaga bagi tugasan AI.

Lebih banyak perincian mengenai Snapdragon 888 akan diumumkan pada hari kedua acara Snapdragon Tech Summit 2020.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress