Xiaomi Mi 11 Dengan Android 11 Dan Snapdragon 888 Dikesan Pada GeekBench

Menjelang pelancaran Mi 11 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, peranti itu kini mula dikesan dalam pangkalan data GeekBench.

Peranti yang disenaraikan di GeekBench dengan nombor model Xiaomi M2011K2C merupakan nombor model yang sama disenaraikan di 3C dan laman web pensijilan rangkaian China pada awal bulan ini.

Mi 11 GeekBench

Ia memperlihatkan peranti ini akan menjalankan Android 11 yang berasaskan MIUI 12. Dari segi janaan kuasa, seperti yang diketahui sebelum ini, Mi 11 akan dikuasakan cip pemproses dengan nama kod ARM Venus yang merujuk kepada Snapdragon 888.

Selain itu, peranti ini juga disenaraikan dengan 12GB RAM dan grafik dengan Adreno 660.



Terdahulu, Mi 11 dilaporkan akan dilengkapi skrin AMOLED dengan resolusi 2K dan mempunyai sokongan kadar segar semula 120Hz. Terdapat juga laporan mengenai Mi 11 Pro melalui rekaan sarung pelindung. Ia berlainan dari versi asas dimana terdapat empat kamera dan tiga daripadanya disusun melintang.

Sumber: GizmoChina