Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11

Ini Mungkin Rupa Bentuk Mi 11

Diterbitkan Disember 12, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sejak awal Disember, model Mi 11 sudah mula menjadi buah mulut peminat Xiaomi. Ia dikhabarkan akan dilancarkan pada penghujung bulan ini dan sudah disahkan sebagai telefon pintar pertama menggunakan Snapdragon 888.

Terbaru, kelihatan imej sebenar yang didakwa sebagai Xiaomi Mi 11. Ia memperlihatkan rupa bentuk modul kamera serta warna panel belakang telefon berkenaan.

Ini Mungkin Rupa Bentuk Mi 11
Ini Mungkin Rupa Bentuk Mi 11
Ini Mungkin Rupa Bentuk Mi 11

Dari apa yang boleh diteliti daripada gambar, Mi 11 mempunyai dua lensa kamera belakang, satu LED Flash dan sebuah lagi sensor berkemungkinan kamera ToF.

Sensor yang dikelilingi kemasan perak itu dipercayai sebagai kamera utama dan ia dikaitkan dengan sensor 108MP ISOCELL Bright HM3 keluaran Samsung. Sensor jenis sama yang bakal digunapakai pada Galaxy S21 Ultra.

Terdahulu, dokumen dari badan pengesahan China, CCC, menyatakan terdapat salah satu model dalam siri Mi 11 akan dimuatkan dengan bateri 5000mAh.

Sebelum ini terdapat juga laporan mengenai Mi 11 Pro melalui rekaan sarung pelindung. Ia berlainan dari versi asas dimana terdapat empat kamera dan tiga daripadanya disusun melintang.

Sumber: MobilTelefon via NotebookCheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY