Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi 11 Pro Mungkin Akan Hadir Dengan Resolusi 2K Dan 120Hz

Posted on November 16, 2020

Xiaomi telah pun melancarkan Mi 10T Pro pada bulan yang lalu. Terbaru, Xiaomi nampaknya akan mengeluarkan peranti andalan baharunya tidak lama lagi.

Sumber: Digital Chat Stations

Menurut laporan daripada DigitalChatStations, peranti ini agak berkuasa dengan paparan berlubang pada bahagian atas kiri serta skrin melengkung dan juga resolusi 2K bersama kadar penyegaran 120Hz.

https://twitter.com/StationChat/status/1328134320565968897?s=20

Berdasarkan spesifikasi awal ini, ia mungkin peranti baharu daripada Xiaomi iaitu barisan siri Mi 11 dan dengan kadar penyegaran 120Hz, secara teknikalnya ia adalah Mi 11 Pro.

Dalam pada itu, Qualcomm akan adakan acara mereka pada 1 Disember ini dan akan melancarkan cip pemproses SnapDragon 875. Sebelum ini, ura-ura mengatakan Mi 11 akan hadir dengan Snapdragon 875 dan bakal dilancarkan pada bulan Januari 2021.

Sumber: DigitalChatStations

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress