Xiaomi Mi 10 Dapat Pengesahan SIRIM, Akan Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro telah pun dilancarkan di China pada 13 Februari lalu. Peranti ini dijadualkan kemunculannya untuk pasaran global pada 23 Februari yang lepas. Namun terpaksa ditunda ke tarikh 27 Mac 2020 berikutan wabak Covid-19.

https://twitter.com/Xiaomi/status/1235913021039562757

Berdasarkan laman SIRIM, Xiaomi Malaysia telah mula memohon sijil pengesahan peranti tersebut untuk digunakan di negara ini. Peranti yang mempunyai model nombor itu M2001J2G itu dilihat akan menyokong tiga jenis frekuensi rangkaian 5G iaitu 700MHz, 3500MHz, dan 3700MHz selain sokongan rangkaian Wi-Fi 6.

Kapsyen: Pengesahan Xiaomi Mi 10 melalui SIRIM Malaysia


Walaupun pelancarannya di Malaysia masih belum lagi diketahui kerana kebiasannya perlu menunggu pelancaran secara global terlebih dahulu. Namun, dengan pengesahan SIRIM ini, ia menandakan ia berkemungkinan akan dilancarkan di Malaysia dan dijual dalam masa terdekat (mungkin awal April 2020).

Harga pasaran untuk Mi 10 dan Mi 10 Pro juga pun masih berada dalam status teka-teki. Namun jika ditukar dari mata wang asing China, peranti berharga RM2,371 untuk model asas Mi 10 dan juga RM2,965 untuk Mi 10 Pro. Harga tukaran ini walau bagaimanapun hanya berfungsi sebagai ukur aras sahaja dan mampu menjadi lebih mahal disebabkan cukai dan juga kos import.

Kapsyen: Spesifikasi siri Xiaomi Mi 10


Xiaomi Mi 10 berkemungkinan akan jadi peranti dengan cip Snapdragon 865 paling murah di pasaran. Untuk menantikan model ini dijual di Malaysia, sama-samalah kita menunggu pelancarannya di peringkat global terlebih dahulu pada 27 Mac 2020 ini.

Sumber: Xiaomi, SIRIM