Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Merancang Akan Melancarkan Sebanyak 10 Model Telefon Pintar 5G Tahun Hadapan

Xiaomi Merancang Akan Melancarkan Sebanyak 10 Model Telefon Pintar 5G Tahun Hadapan

Diterbitkan Oktober 21, 2019 · Dikemas kini Oktober 21, 2019 oleh ariff bukhari

Bye-bye 4G.

Di Persidangan Dunia Internet yang sedang berlangsung di China, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan sebanyak 10 model terbaru telefon pintar dengan sokongan 5G sepanjang tahun 2020 nanti.

Ia dimaklumkan sendiri oleh CEO Xiaomi, Lei Jun semalam.

Menurut beliau, permintaan terhadap telefon pintar dengan teknologi 5G mencapai jangkaan mereka tahun ini. Maka mereka akan melancarkan 10 telefon pintar 5G yang terdiri daripada barisan model premium, sedehana dan model mampu milik.

“People in the industry fear that next year 4G models won’t sell, this is a step you have no choice but to take. So we hope that operators can speed up their expansion of 5G base stations.” Lei Jun, CEO Xiaomi.

Dalam tahun ini saja, Xiaomi telah melancarkan pelbagai barisan model terbaru telefon pintar termasuklah model premium Mi 9 Pro yang menjadi antara model telefon pintar terawal menyokong sambungan 5G yang diperkenalkan tahun ini.

Menyaingi pasaran model telefon pintar 5G dari pengeluar lain seperti Samsung dan Huawei. Pengumuman oleh Xiaomi dalam perlumbaan telefon pintar 5G menandakan tahun hadapan adalah penamat kepada era telefon pintar 4G.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY