Baru-baru ini OnePlus telah memerli Apple secara halus namun jelas di Twitter dengan memuat naik kicauan gambar buah epal berserta OnePlus 8T dengan kapsyen βIn a world of apples, stand out with a OnePlus.β
https://twitter.com/OnePlus_IN/status/1341234406019592193
Walaupun tiada jenama "Apple" yang disebut, imej buah dan juga kapsyen mereka terang-terang menyindir jenama Cuppertino berkenaan.
Apple walau bagaimanapun tidak memberi maklum balas terhadap kicauan ini kerana seperti yang kita faham, Apple suka berada dalam dunia mereka sendiri dan juga tidak menganggap lambakan jenama Android sebagai pesaing mereka.
Namun, jenama lain pula muncul dan menyindir OnePlus kembali. Xiaomi memuat naik kicau balas gambar Xiaomi Mi 10T Pro dengan kapsyen "But why settle for less when you can have more. New year. 108MP resolution."
https://twitter.com/XiaomiIndia/status/1341283734729867265
Bukan itu sahaja, Xiaomi turut meletakkan tanda pagar "#SettleForBetter" yang merujuk kepada slogan OnePlus iaitu #NeverSettle bermaksud lebih berbaloi jika pengguna membeli telefon mereka berbanding OnePlus.
OnePlus walau bagaimanapun dilihat belum memberikan kicau balas kepada Xiaomi.
Jika anda masih ingat lagi, beberapa jenama seperti vivo, Samsung, OnePlus, Xiaomi sebelum ini telah mengejek Apple mengenai ketiadaan pengecas disertakan ketika pembelian mereka.
Ia merupakan perkara normal namun agak memalukan jika sindir-menyindir sesuatu jenama kemudiannya melakukan perkara yang disindir seperti apa yang Samsung buat baru-baru ini.
Sumber: Xiaomi
Berkaitan
- Xiaomi Malaysia Beri Jaminan Harga Mi 10T Pro Tidak Akan Melebihi RM1,999
- OnePlus Berkemungkinan Akan Keluarkan Peranti Kelas Pertengahan OnePlus 8 Lite
- Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Bakal Dapat Kemaskini MIUI 12.5
- Xiaomi Mi 10 Ultra Dan Redmi K30 Ultra Tidak Akan Dipasarkan Di Luar China Buat Masa Ini
- Siri OnePlus 8 Dijual Di Malaysia Bermula RM 2899, OnePlus 8 Pro Dari RM 3699
- 7 Kontroversi OnePlus Paling Diingati Oleh Pengguna
- Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Xiaomi Kini Mencapai Sehingga 40W Lajunya
- OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal
- OnePlus Dan OPPO Dilaporkan Telah Bergabung Di Bawah Satu Divisyen R&D Yang Sama
- OnePlus Nord N10 Dan Nord N100 Diperkenalkan Sebagai Pilihan Lebih Bajet Jenama OnePlus