Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 8 Lite

OnePlus Berkemungkinan Akan Keluarkan Peranti Kelas Pertengahan OnePlus 8 Lite

Diterbitkan Disember 9, 2019 ยท Dikemas kini Disember 9, 2019 oleh Meor Hasyim

Jika anda masih ingat lagi sebelum ini, OnePlus pernah mengeluarkan peranti ‘kelas pertengahan’ OnePlus X. Namun sejak itu, ia adalah kali pertama dan terakhir OnePlus menghasilkan peranti sebegitu. Imej terbaharu yang dimuat naik oleh @Onleaks bakal menyaksikan kembalinya OnePlus ke arena kelas pertengahan semula dengan peranti yang diberi nama OnePlus 8 Lite.

OnePlus 8 Lite dijangka akan dilancarkan bersama-sama model OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Rekaannya akan sedikit berbeza dengan abang-abangnya. Bezel pada peranti lebih tebal dan juga posisi kamera swafoto diubah ke bahagian tengah pula. Dikatakan skrin peranti akan bersaiz antara 6.4 ke 6.5 inci.

OnePlus Berkemungkinan Akan Keluarkan Peranti Kelas Pertengahan OnePlus 8 Lite

Untuk rekaan kamera belakang, mungkin OnePlus mengambil inspirasi dari Samsung Galaxy S11 dengan rekaan modul kamera petak di bahagian tepi. Terdapat 2 kamera disamping sensor yang dipercayai sensor ToF.

Spesifikasinya masih belum diketahui terutamanya sama ada ia bakal menyokong 120hz atau tidak. Namun yang pasti, ia bakal menyokong 90hz berdasarkan kata-kata pengasas bersama OnePlus. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pelancarannya nanti pada separuh pertama tahun 2020 nanti.

Sumber: @Onleaks, 91Mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY