Berita ketiadaan pengecas dalam kotak pembelian iPhone 12 serta iPhone-iPhone lain kini sudah menjadi jenaka dan ‘meme pelusuk dunia.
Ini adalah berikutan alasan mereka tidak menyertakannya disebabkan mahu menjaga kesihatan bumi. Walau bagaimanapun, harga jualan kesemua model iPhone 12 seperti masih sama seperti model-model sebelumnya.
Jika diikutkan dengan ketiadaan palam pengecas dan juga fon telinga (tidak dilupakan juga), sudah tentu harga jualannya turut berkurang.
Beberapa jenama sudah mula memerli tindakan Apple membuang pengecas termasuklah OnePlus, vivo, Samsung, dan Xiaomi.
OnePlus
Pada pelancaran OnePlus 8T, buat pertama kalinya OnePlus memperkenalkan kuasa pengecasan lebih pantas Warp Charge 65W untuk telefon pintar tersebut.
Ketika penyampaian menceritakan mengenai pengecas tersebut, OnePlus mengambil kesempatan memerli Apple dengan mengatakan “it will comes free in the box“.
vivo
vivo juga sempat memerli Apple sejurus pelancaran iPhone 12 dengan memuat naik kiriman di laman media sosial mereka.
Pada siri V20, ia akan dimuatkan dengan pengecasan pantas 33W dan juga fon telinga. Ia berbeza dengan OnePlus yang hanya memerli pengecas kerana mereka juga tidak menyertakan fon telinga dalam kotak mereka.
https://www.facebook.com/vivoMalaysia/posts/1801742593319925
Walau bagaimanapun, pengecasan 33W tidaklah unik kerana pada V19 sebelum ini juga sudah pun menggunakan teknologi yang sama.
Samsung
Samsung boleh dikatakan sedikit kelakar jika memerli Apple kerana sebelum ini sudah diura-urakan bakal mengikuti jejak langkah Apple dengan membuang pengecas di dalam kotak.
Samsung juga mempunyai sejarah pernah ‘mengutuk’ tindakan Apple membuang bicu audio serta meletakkan takuk pada paparan mereka selepas pelancaran iPhone 7 tahun 2016.
Kini, Samsung telah memuat naik satu gambar jelas lagi nyata ditujukan kepada Apple tentang ketiadaan pengecas yang disertakan.
https://www.facebook.com/SamsungCaribbean/posts/4610541622352343
Jika benar laporan mengenai pembuangan kepala pengecasan pada kotak pembelian telefon Samsung, sudah tentu ia menjadi lebih kelakar berbanding pada iPhone 12 ini.
Xiaomi
Xiaomi boleh dikatakan jenama paling pantas membuat reaksi perli terhadap Apple.
Tidak lama selepas Apple memperkenalkan iPhone 12, Xiaomi memuat naik video berkapsyen “Don’t worry, we didn’t leave anything out of the box with the #Mi10TPro.“
Don't worry, we didn't leave anything out of the box with the #Mi10TPro. pic.twitter.com/ToqIjfVEQX
— Xiaomi (@Xiaomi) October 14, 2020
Apabila kotak dalam video dibuka, ia terus sahaja menumpukan kepada pengecas menunjukkan video tersebut ditujukan kepada siapa.
Xiaomi tidaklah asing dalam memerli kerana sebelum-sebelum ini sakan juga membahan rakan-rakan pengeluar lain.
Senarai ini tidaklah terhenti setakat ini kerana mungkin jenama lain bakal turut serta memeriahkan pesta memerli Apple.
Namun apa yang pasti, terdapat kemungkinan besar syarikat-syarikat lain turut mengikuti jejak langkah membuang pengecas dari kotak telefon pintar.
Cuma, kita tunggu syarikat mana dulukah yang bakal mengikutinya.