Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal

OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal

Diterbitkan November 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Cyberpunk 2077 merupakan permainan aksi RPG yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2020. Meskipun tarikh pelancaran permainan ini sudah ditunda buat beberapa kali, masih ramai yang menunggunya dengan setia.

OnePlus hari ini telah memperkenalkan OnePlus 8T x Cyberpunk 2077 Edition. Bukan sahaja warnanya berbeza kerana hadir dengan warna kuning Cyberpunk, ia juga turut mempunyai rekaan sedikit berbeza dengan OnePlus 8T biasa.

OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal
OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal

Di belakangnya, ia dilengkapi dengan panel kaca besar dengan logo Cyberpunk yang besar. Dari segi kemasan, ia adalah berwarna kelabu berbintik-bintik dan mempunyai jalur kuning ikonik warna Cyberpunk 2077.

OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal

Bersama-sama dengan rekaan luaran berbeza, OnePlus 8T x Cyberpunk 2077 hadir dengan OxygenOS yang bertemakan aestatik permainan itu.

Terdapat juga pelbagai aksesori Cyberpunk termasuklah sarung pelindung dan pelbagai pelekat khas.

OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal

Pra-tempah OnePlus 8T x Cyberpunk 2077 hanya boleh dilakukan di China bermula 11 November dengan harga CNY 3999 (~RM2,484).

Buat masa ini, OnePlus tidak mengumumkan adakah telefon ini akan menemui peminat luar China.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY