Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Mi 10 Ultra Dan Redmi K30 Ultra Tidak Akan Dipasarkan Di Luar China Buat Masa Ini

Posted on Ogos 13, 2020Ogos 13, 2020

Semalam Xiaomi telah berjaya melancarkan 2 buah peranti yang menarik iaitu Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra di China.

Namun, untuk pengguna di Malaysia, kemungkinan besar kedua-dua peranti ini tidak akan dilancarkan secara rasmi di sini.

Ini adalah disebabkan kenyataan dari pihak Xiaomi sendiri yang mengatakan mereka tiada rancangan untuk memasarkan mana-mana produk yang dilancarkan di luar China termasuklah Mi TV LUX OLED dan juga Ninebot Gokart Pro Lamborghini Edition.

Lots of questions coming in about yesterday's @xiaomi launch, #1 being whether we'll be launching these incredible products across our global markets. For the moment, we don't have plans for official global channels, but stay tuned for future news! pic.twitter.com/mMtdanB7zf

— Daniel Desjarlais (@Daniel_in_HD) August 12, 2020

Ini bermakna jika anda mahu memiliki peranti-peranti ini, mungkin anda perlu membelinya secara set import.

Namun, kita tidak juga boleh menidakkan bahawa produk-produk tersebut bakal dilancarkan di sini pada masa hadapan.

Apa yang pasti buat masa ini, bukan sahaja Malaysia yang tidak mendapat pelancaran rasmi, negara lain pun sama juga.

Sumber: Daniel D

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress