Kedua-duanya membawakan saiz skrin paparan yang sama iaitu 5.99 inci, tetapi dibezakan dari segi kelengkapan dalaman.
Redmi Note 5 Pro
Ditampilkan dengan cip pemprosesan baru iaitu Snapdragon 636 bersama Kyro 260 yang dikunci pada kelajuan 1.8 Ghz bersama GPU 509.
Terdapat dua pilihan RAM iaitu 4GB dan 6GB beserta ruang simpanan berkapasiti 64GB. Tetapan dwi kamera belakang dilihat menggunakan lensa 12MP dan 5MP manakala dihadapan menggunakan lensa 20MP bersama-sama LED Flash.
Menariknya, Redmi Note 5 Pro merupakan peranti pertama dari Xiaomi yang hadir dengan sistem imbasan wajah untuk nyahkunci skrin.
Tidak mempunyai ciri pengecasan pantas untuk bateri 4000mAh dan tiada port USB-C. Peranti ini akan menjalankan MIUI 9 disamping sistem operasi Android Nougat. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Hitam, Emas, Emas Merah Jambu, dan Biru.
Redmi Note 5
Perlu anda tahu bahawa, Redmi Note 5 yang dilancarkan ini merupakan model sama seperti Redmi 5 Plus yang telah diumumkan untuk pasaran Malaysia awal Februari lepas.
Skrin 18:9 dengan sokongan resolusi 2160 x 1080, ia dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 625. Disediakan dengan variasi memori RAM 3GB atau 4GB manakala untuk storan dalaman adalah 32GB atau 64GB.
Panel belakang diletakkan kamera 12MP, sementara bahagian hadapan untuk kamera swafoto menggunapakai lensa 5MP dengan LED Flash.
Kapasiti bateri sama seperti Redmi Note 5 Pro iaitu 4ooomAh tanpa fungsi pengecasan pantas dan hanya dilengkapi dengan port MikroUSB. Variasi warna sama seperti model Pro.
Harga jualan Redmi Note 5 yang ditetapkan untuk pasaran India adalah INR9,999 (~RM610.76) dan Redmi Note 5 Pro dipasarkan pada harga INR13,999 (~RM855.08), mengikut tukaran matawang asing semasa.
Sumber: Mi India
Berkaitan
- RM 5149 - Harga Permulaan iPhone X Untuk Pasaran Malaysia
- Komputer Riba Dengan Sistem Operasi Windows 10 Digandingkan Bersama Snapdragon 835 Akan Dilancar Penghujung Tahun Ini
- Imej Ini Dikatakan Rekaan Sebenar Xiaomi Mi Band 5
- Xiaomi Mi Mix 2S Dirasmikan Dengan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera Utama
- Ini Mungkin Telefon Pertama Guna Snapdragon 775G
- Nokia 4.2 Diperkenalkan Di Malaysia, Berharga RM599
- Vivo Superday Sale Vivo V15 Diadakan 23 Mac Ini Di Pusat Beli Belah One Utama
- Dua Model ZenBook Duo Diperkenalkan, Harga Bermula RM4699 Sehingga RM15999
- Permainan Video Death Stranding Akan Dikeluarkan Untuk PS4 Dan PS5
- Redmi 7 Diumumkan, Hadir Dengan Snapdragon 632 Dan Bateri 4000mAh