Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 4 Ultra skuter

Xiaomi Lancar Skuter Elektrik 4 Ultra, Dimuatkan Dengan Bateri 12000mAh

Diterbitkan Mac 9, 2023 oleh ariff bukhari

Xiaomi telah pun melancarkan siri terbaru bagi kategori skuter elektrik mereka dengan menawarkan model Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra.

e-Skuter terbaru Xiaomi ini dilengkapi dengan sistem brek E-ABS dan brek dram serta sistem suspensi berkembar.

Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra

Ia dikuasakan oleh bateri lithium terbina berkapasiti 12000mAh dan dipacu oleh motor elektrik dengan kuasa maksimum yang boleh mencapai 940W.

Sekaligus mampu menggerakkan e-skuter tersebut mencapai kelajuan maksimum 25km/j. Jarak perjalanan yang mampu dicapai e-skuter itu pula apabila baterinya dicas penuh adalah dianggarkan sejauh 70km.

xiaomi 4 Ultra skuter

Harga jualan Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra ini adalah EUR999 atau sekitar RM4768.

Tetapi tidak dipastikan sama ada Xiaomi Malaysia akan membawa masuk produk terbaru mereka ini untuk pasaran tempatan atau pun tidak.

Untuk spesifikasi Xiaomi Electric Scooter 4 Ultra dengan lebih lanjut, layari laman rasmi Xiaomi Global

Berkaitan

  • Xiaomi Lancar Redmi 12C, Cip Helio G85 Bermula Pada Harga RM599
  • Celcom Bluecube Dan Digi Store Kini Berkhidmat Untuk Pelanggan Kedua-Dua 'Telco'
  • Menteri Rasmi Menu RAHMAH McDonalds's, Set Burger Dari RM5

Sumber: Xiaomi Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY