Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri Rasmi Menu RAHMAH McDonalds’s, Set Burger Dari RM5

Menteri Rasmi Menu RAHMAH McDonalds’s, Set Burger Dari RM5

Diterbitkan Mac 9, 2023 oleh ariff bukhari

Menyambut baik usaha murni Kerajaan dengan menyediakan Menu RAHMAH, McDonald’s Malaysia kini turut menawarkan harga untuk set makanan mereka yang bermula dari RM5.

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 iaitu Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil), Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil) dan menu ketiga adalah McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil).

Pelancaran Menu RAHMAH McDonald’s ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di McDonald’s Mutiara Damansara, Selangor hari ini.

Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua restoran McDonald’s di seluruh negara.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

Berkaitan

  • Tonton Kesemua Perlawanan Liga Malaysia 2023 Di sooka Serendah RM34.90/bulan Tanpa Kontrak
  • Spotify Umum Perubahan Pada Antara Muka, Kini Muat Lebih Banyak Elemen Visual
  • Hotlink Menjadi Penaja Telko Rasmi MPL Malaysia Untuk Tahun Ini

Sumber:  kpdn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY