Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcomdigi 4

Celcom Bluecube Dan Digi Store Kini Berkhidmat Untuk Pelanggan Kedua-Dua ‘Telco’

Diterbitkan Mac 9, 2023 · Dikemas kini Mac 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Kita semua tahu Celcom dan Digi sudah pun bergabung di bawah CelcomDigi Sdn. Bhd. Terbaru, syarikat itu mengumumkan bahawa Digi Store dan Celcom Bluecube menerima pelanggan daripada Digi dan Celcom.

Ini bermakna jika anda mahu berurusan sebagai pelanggan Celcom tetapi hanya ada Digi Store yang terdekat, maka boleh selesaikannya di kedai tersebut.

{suggest}

Urusan yang boleh dilakukan di Digi Store dan Celcom Bluecube

  • Penggantian kad SIM
  • Tambah nilai
  • Pembayaran bil
  • Pendaftaran prabayar/pascabayar baharu
  • Pembelian pelan internet prabayar
  • Pendaftaran MNP (pindah ‘telco’ tapi kekal nombor sama)
  • Pertukaran pelan prabayar ke pascabayar
  • Pertukaran pelan pascabayar

Misalnya, anda menggunakan pelan pascabayar Digi Postpaid 60 dan mahu bertukar ke Postpaid 90, anda boleh lakukannya di Celcom Bluecube.

celcom pre 1

Semasa pengumuman rasmi penubuhan CelcomDigi dulu, syarikat itu mengatakan kedai Celcom dan Digi masih terhad menerima pelanggan masing-masing. Berita baik, kini ia sudah berubah.

Pemangku Bersama CEO Axiata Group Vivek Sood sebelum berkata Axiata berniat mengekalkan kedua-dua jenama Celcom dan Digi dan belum memuktamadkan apakah dua jenama itu akan digabungkan kelak walaupun beroperasi di bawah syarikat sama.

celcom blue cube 1

Penggabungan rangkaian Celcom dan Digi dirancang akan dilaksanakan dalam 2 tahun lagi.

Untuk senarai Digi Store dan Celcom Bluecube, klik SINI.

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY