Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi buds 5 pro

Xiaomi Lancar Buds 5 Pro – Audio Premium Dengan Ciri AI, Harga Bermula RM799

Diterbitkan Mac 2, 2025 ยท Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Xiaomi melancarkan Xiaomi Buds 5 Pro dan Xiaomi Buds 5 Pro (Wi-Fi), membawa pengalaman audio tanpa wayar premium dengan teknologi terkini. Dilengkapi Snapdragon Sound Technology Suite dan Qualcomm aptX Lossless, Xiaomi Buds 5 Pro menawarkan audio berkualiti tinggi 48kHz/24bit dengan penghantaran sehingga 2.1Mbps, manakala versi Wi-Fi menyokong 96kHz/24bit lossless pada 4.2Mbps untuk pengalaman audio paling jernih.

Sistem triple-driver coaxial dual-amplifier memberikan bunyi bass mendalam, mid seimbang, dan treble jernih dengan penalaan khas dari Harman Golden Ear Team. Dengan 55dB Hybrid ANC, pengguna boleh menikmati muzik tanpa gangguan, serta ciri audio peribadi dan sambungan dwi-peranti untuk kemudahan harian.

Xiaomi buds 5 pro

Keunikan Xiaomi Buds 5 Pro termasuk rakaman suara terbina dalam, di mana butang pada bekas boleh digunakan untuk merekod mesyuarat atau nota suara dengan pantas. Tambahan pula, AI Translation & Transcription membolehkan terjemahan dan transkripsi audio secara langsung, menjadikannya alat komunikasi yang efisien.

Xiaomi buds 5 pro

Dari segi bateri, kedua-dua model menawarkan sehingga 40 jam masa penggunaan, dengan pengecasan pantas 10 minit untuk 4-5 jam playback. Xiaomi Buds 5 Pro hadir dalam harga promosi RM699 (harga asal RM799) dan Xiaomi Buds 5 Pro (Wi-Fi) pada RM799 (harga asal RM899), masing-masing dengan 3 bulan langganan Spotify Premium percuma.

Berkaitan

  • Xiaomi 15 Ultra Dilancar - Reka Bentuk Ikonik, Fokus Fotografi, Harga Dari RM5,199
  • Xiaomi 15 Kini Di Malaysia - Snapdragon 8 Elite, Skrin 3200 Nits, Harga Bermula RM3,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY