Xiaomi secara rasmi melancarkan Xiaomi 15 Ultra, sebuah peranti andalan yang menggabungkan reka bentuk klasik kamera dengan teknologi canggih. Hadir dalam tiga warna—Black, White, dan Silver Chrome—model Silver Chrome menampilkan gabungan gentian kaca gred aeroangkasa dan PU leather untuk ketahanan tinggi serta estetika retro.
Ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, memori 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1 serta bateri 5,410mAh dengan kelajuan mengecas 90W berwayar dan 80W wayarles
Peranti ini dilengkapi paparan WQHD+ 6.73-inci AMOLED dengan resolusi 3200 x 1440 dan kecerahan puncak 3200 nits, memastikan visual yang jelas dalam pelbagai keadaan cahaya. Sistem keselamatan dipertingkatkan dengan sensor cap jari ultrasonik baharu yang lebih pantas dan boleh digunakan walaupun jari basah atau kotor. Untuk ketahanan, Xiaomi 15 Ultra menggunakan Xiaomi Shield Glass 2.0 yang 16 kali lebih tahan jatuh, serta bingkai aluminium CNC berkekuatan tinggi.
Dalam aspek fotografi, Xiaomi 15 Ultra menampilkan sistem empat kamera Leica dengan jarak fokus dari 14mm hingga 200mm. Kamera utama 50MP Sony LYT-900 dengan lensa Leica Summilux menawarkan bukaan ƒ/1.63 dan 14EV HDR, menghasilkan imej luar biasa dalam keadaan cahaya rendah. Terdapat juga kamera telefoto Leica 70mm, kamera ultra-telefoto 100mm 200MP, dan kamera ultra-lebar 14mm, memberikan fleksibiliti maksimum kepada pengguna.
Dalam videografi, Xiaomi 15 Ultra menyokong rakaman 4K 120fps slow-motion, Dolby Vision 4K 60fps, dan 10-bit Log video dengan penstabilan OIS dan EIS. Peranti ini juga merupakan Android’s first ACES Product Partner, menjadikannya pilihan ideal untuk penghasilan kandungan profesional.
Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition, yang menampilkan reka bentuk kamera klasik, cincin hiasan merah, butang shutter khas, adapter ring 67mm, dan bateri tambahan 2000mAh untuk pengalaman fotografi yang lebih mendalam.
Harga
Xiaomi 15 Ultra hadir dalam dua varian dengan harga:
- 16+512GB – RM5,199
- 16+1TB – RM5,699
Sempena pelancarannya, Xiaomi mengadakan promosi di mana terdapat RM100 rebat, percuma Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition dan Xiaomi OpenWear Stereo.
{suggest}