Pocophone F2 kekal sebagai salah satu peranti yang sukar difahami, dengan tiada pengesahan rasmi mengenainya. Walau bagaimanapun, beberapa kebocoran maklumat mengenai peranti tersebut telah memberikan harapan yang tinggi kepada peminatnya.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Xiaomi telah memfailkan tanda dagang untuk telefon bernama POCO F2, petunjuk jelas bahawa peranti tersebut akan menggantikan Pocophone F1. Selain itu, tanda dagang tersebut telah didedahkan sebelum pelancaran POCO, jadi pengumuman mengenai POCO F2 mungkin sudah dekat.
Berdasarkan model sebelumnya iaitu Pocophone F1, kemungkinan nama global bagi POCO F2 adalah Pocophone F2. Namun sehingga kini, pengesahan rasmi terdekat yang diterima mengenai Pocophone adalah ciapan yang sudah dipadam oleh ketua syarikat tersebut yang berbunyi “You will hear more from POCO in 2020 ♥️”.
Sumber: GSMArena, Tech Radar,
Berkaitan
- POCO Dijangka Melancarkan Dua Model Telefon Pintar Pada 22 Mac Ini
- Rekaan Xiaomi Mi 11 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Modul Kamera Berbeza
- Beberapa Imej Xiaomi 13 Dan 13 Pro Didakwa Tertiris, Perlihatkan Rekaan Sebenar
- Mi MIX Fold Diumumkan - Telefon Boleh Lipat Pertama Xiaomi Dengan Lensa Cecair, Harga Bermula ~RM6316
- Xiaomi Umum Aplikasi Seumpama Clubhouse Untuk Android Dan iPhone
- Lebih 40,000 Unit Telefon Terjual Di Lazada Dan Shopee, Xiaomi Rekod Jenama Paling Laris Di Asia Tenggara
- Pelancaran Siri Xiaomi 13 Di China Dijadual Semula Pada 11 Disember
- Xiaomi Paten Rekaan Telefon Pintar Dengan Fon Telinga TWS Terbina
- POCO Bakal Lancarkan Model Baharu Tidak Lama Lagi
- Hampir Dua Tahun Menyepi, Xiaomi Sahkan Model Baharu Peranti Ini Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi