Xiaomi Dilapor Membangunkan Peranti Dengan Keupayaan 120x Zoom Digital

Tren kamera pada telefon pintar berubah dari tahun ke tahun. Antara yang semakin diberikan fokus pada ketika ini adalah ciri zoom. Jika dilihat, pengeluar seperti berlumba-lumba mahu memberikan keupayaan zoom sejauh mungkin kepada pengguna.

Perkhabaran terbaharu, Xiaomishka telah melaporkan Xiaomi kini sedang bersiap-siap dengan sebuah peranti untuk pelancaran bulan Julai.

Peranti dengan kod nama CAS itu disebut sebagai salah satu variasi dari siri Mi CC 10. Pembangunan peranti itu dikatakan sudah berjalan sejak awal tahun ini lagi. Menurut informasi awal yang dikongsi laman Rusia itu, peranti akan dilengkapi dengan sensor 108MP menyokong 12x zoom optikal serta zoom digital sehingga 120x. Ia mungkin memberi cabaran kepada Samsung Galaxy S20 Ultra yang dipasarkan dengan 100x Space Zoom.

Ia dinyatakan juga tidak menggunakan sensor 108MP Samsung ISOCELL Bright HMX sedia ada tetapi sebuah sensor terbaharu yang dengan kod nama HM2.

Lain-lain spesifikasi yang mungkin hadir pada peranti ini adalah cip Snapdragon 775G, ciri NFC serta sokongan rangkaian 5G.

Sumber: Xiaomishka

Beli Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dari:

Lazada (https://invol.co/cloofe)

Shopee (https://invol.co/clooff)