Memberi kebolehan kepada pengguna untuk berkongsi kuasa secara mudah kepada pengguna yang lain secara tanpa wayar, satu lagi pengeluar dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah dua pengeluar diatas. Pengeluar yang dimaksudkan adalah Xiaomi sepertimana yang dilaporkan laman XDA.
Menurut laporan, Xiaomi didapati sedang membangunkan MIUI versi Beta yang turut mempunyai kebolehan pengecan tersebut. Dikatakan juga, ciri itu akan dinyahaktifkan secara automatik sekiranya pengecasan tidak berlaku dalam tempoh 90 saat bagi mengelakkan kekurangan kuasa pada bateri peranti.
Peranti yang disebut-sebut bakal dilengkapi dengan pengecasan berbalik tanpa wayar adalah Mi Mix 4. Sebelum ini, Pengarah Produk Xiaomi telah mengesahkannya hadir dengan pengecasan tanpa wayar lebih baik berbanding Mi 9 dan ia turut dijangka mempunyai kebolehan mengecas peranti lain tanpa wayar.
Buat masa sekarang, hanya ada dua peranti dari Xiaomi yang menyokong pengecasan tanpa wayar iaitu Mi Mix 2S dan Mi 9, namun kedua-duanya tidak didatangkan dengan keupayaan mengecas tanpa wayar peranti lain seperti yang ada padaMate 20 Pro, P30 Pro, dan siri Galaxy S10.
Sumber: XDA
Berkaitan
- Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dilancarkan Mac Atau April Ini
- Xiaomi Mi A1 Terima Sokongan Pengecasan Pantas Melalui Android Oreo Beta
- Permainan Battle Royal Xiaomi, "Survival Game" Sudah Mula Ditawarkan Kepada Pengguna
- Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm
- Xiaomi Mungkin Perkenal Pengecasan Tanpa Wayar 67W Tidak Lama Lagi
- Alat Kawalan Permainan Untuk Redmi K20 Dan K20 Pro Diperkenalkan Di China
- Huawei Nova 4 Boleh Di Pra-Tempah Pada 8 Februari Ini
- Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini
- Mi A2 Lite - Model "Adik" Kepada Mi A2 Dilancarkan
- Ujian Pengecasan Pantas: OnePlus 5T Paling Cepat Dicas Penuh