Xiaomi Sedang Siapkan 3 Telefon Yang Dikuasakan Snapdragon 865

Sepertimana yang telah diketahui ramai, Xiaomi sedia mengesahkan Mi 10 bakal dilengkapi dengan cip Snapdragon 865. Menjadi yang terawal, siri itu bakal mempunyai dua versi iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro.

Walaupun khabar angin beberapa bulan lepas tidak menyatakan penggunaan Snapdragon 865 pada versi Pro, tetapi sudah pasti ia akan hadir dengan cip berkuasa itu. Dari segi pengecasan pantas, ura-ura menyatakan Mi 10 Pro tampil dengan 66W dan RAM 16GB. Selain itu, kadar penyegaran paparan pula adalah 120Hz.

Bagi Mi 10, ia dijangka hadir dengan RAM 8/12GB serta storan 256GB. Tidak seperti spekulasi sebelum ini, kedua-dua peranti ini akan dipersenjatakan dengan kamera 108MP. Ia adalah berdasarkan daripada laporan XDA-Developers yang menemui dua peranti dengan nama kod umi dan cmi yang dikaitkan dengan Mi 10/10 Pro.

Sebuah lagi peranti Snapdragon 865 yang akan dipertaruhkan adalah Redmi K30 Pro dengan kod nama Imi. Spesifikasinya mungkin sama seperti Redmi K30 5G sedia ada seperti paparan 120Hz dan kamera utama 64MP.



Siri Mi 10 telah dijadualkan pengenalannya pada Selasa minggu hadapan dan peminat Xiaomi pasti tidak sabar-sabar menanti kedatangan flagship tersebut.

Sumber: GSMArena