Pada dua minggu yang lepas, Xiaomi telah mengadakan acara pelancaran yang membariskan beberapa produk terbaru mereka. Namun, produk-produk yang membuat kemunculan pada acara tersebut tiada dalam perancangan Xiaomi untuk pasaran global buat masa sekarang.
Salah satunya adalah Xiaomi Mi 10 Ultra yang dimuatkan dengan paparan 120Hz, pengecasan 120W, dan Zum sehingga 120x. Ini sedikit sebanyak menimbulkan kekecewaan pada sebahagian peminat yang sudah tidak sabar untuk memilikinya.
Oleh kerana hanya terhad ditawarkan di China dan peminat kini dilihat mula dilihat mendesak pengeluar tersebut untuk memasarkannya di negara yang lain.
Menerusi laman change.org, peminat telah mula membuat petisyen sebagai tanda gesaan terhadap Xiaomi supaya membawa masuk Xiaomi Mi 10 Ultra secara rasmi untuk pasaran Eropah /Jerman.
Setakat artikel ini ditulis, petisyen tersebut telah “ditandatangani” 2050 orang dan dijangka ia akan bertambah dari masa ke masa. Adakah Xiaomi akan mendengar permintaan peminatnya untuk memasarkan Mi 10 Ultra diluar pasaran China? Sama-sama kita nantikannya.