Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom

OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom

Diterbitkan Mei 27, 2019 · Dikemas kini Mei 27, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri Reno dari OPPO pertama kali diperkenalkan ke pasaran tempatan pertengahan bulan ini. Kini mengambil pentas utama, sebuah lagi peranti dalam siri sama telahpun dirasmikan iaitu OPPO Reno 10x zoom edition.

OPPO Reno 10x Zoom Rasmi Di Malaysia Dengan Ciri 60x Zoom

OPPO Reno 10x zoom merupakan sebuah model flagship terbaru dari OPPO dimana ia mempertaruhkan keupayaan kamera yang mampu zoom sehingga 60x. Ia membariskan tiga kamera belakang, kombinasi lensa 48MP (f/1.7)+13MP (f/3.0)+8MP (f/2.2). Sementara itu bagi kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera terangkat dengan rekaan unik “shark fin” yang turut dihuni fungsi flash depan dan belakang serta pembesar suara.

Ini Hasil 60x Zoom Dari Kamera OPPO Reno 10x Zoom
Ini Hasil 60x Zoom Dari Kamera OPPO Reno 10x Zoom
reno 2

Lain-lain spesifikasi melengkapkan peranti ini adalah Snapdragon 855, RAM 8GB, memori 256GB, sismtem imbasan cap jari dalam paparan, sokongan NFC serta bateri 4065mAh dengan pengecasan pantas VOOC 3.0.

 

Untuk pasaran dalam negara, harga jualan yang ditetapkan adalah RM 3399 dan penawaran bermula 18 Jun depan. Seperti biasa, bagi pembeli pra-tempah, hadiah menarik seperti gimbal  dan waranti perlindungan skrin tambahan 1 tahun menanti untuk dimiliki pembeli secara percuma.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY