Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perkenal SSD Terbesar Di Dunia, Berkapasiti 30TB

Samsung Perkenal SSD Terbesar Di Dunia, Berkapasiti 30TB

Diterbitkan Februari 21, 2018 · Dikemas kini Februari 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Disebut sebagai storan SSD terbesar didunia, Samsung telah memperkenalkan PM1643 yang mempunyai kapasiti 30.72 TB.

Hadir dengan rekaan 2.5 inci, SSD ini disasarkan untuk sistem Enteprise yang digunakan syarikat-syarikat diluar sana.

Samsung Perkenal SSD Terbesar Di Dunia, Berkapasiti 30TB

Ia dibangunkan dengan teknologi 64 lapisan cip memori 512Gb V-NAND yang disusun menjadi pakej 1TB.

Menurut Samsung, SSD ini turut menawarkan 40GB DDR4 RAM dan perisian yang baru, berupaya menyimpan sehingga 5,700 filem yang setiap satunya bersaiz 5GB.

Direka untuk membaca dan menyimpan data dalam kapasiti yang besar, PM1643 dilengkapi dengan antaramuka SAS yang berkemampuan membuat pemindahan data pada kadar 12Gbps.

Samsung masih belum mendedahkan harga storan ini.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY