Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Telefon Mati Secara Tiba-Tiba

Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Telefon Mati Secara Tiba-Tiba

Diterbitkan Mei 2, 2017 · Dikemas kini Mei 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Walaupun hadir dengan spesifikasi tinggi, kelihatan Galaxy S8 tidak terlepas dari mengalami masalah.

Pemilik peranti flagship itu melaporkan telefon pintar berkenaan mengalami masalah iaitu restart secara tiba-tiba.

Menurut seorang pengguna di laman forum US Samsung Community, peranti milik beliau telah restart sebanyak 7-8 kali dalam masa 10 jam.

Ia terjadi apabila beliau menggunakan aplikasi dari Samsung seperti kamera ataupun Samsung Themes, skrin terhenti dan telefon akan mati. Selepas beberapa saat ia akan hidup semula.

Ada yang menyatakan masalah ini berkaitan dengan kad MikroSD. Sesetengah pemilik melaporkan, telefon akan meminta untuk memindahkan fail ke kad SD sebelum ia restart dengan tiba-tiba.

Setelah kad mikroSD dikeluarkan, ia seakan-akan pulih seperti biasa. Tetapi ia mungkin bukan punca sebenar kepada masalah ini.

Sebelum ini, S8 dilanda isu skrin paparan kemerahan dan syarikat itu telahpun mengeluarkan kemaskini untuk membaik pulih masalah itu.

Nampaknya Samsung perlu bekerja keras lagi selepas ini untuk mengenal pasti punca Galaxy S8 restart secara tiba-tiba.

Sumber: US Samsung Community

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY