Syarikat pengeluar telefon pintar gergasi seperti Samsung dan Apple masing-masing memiliki cip SoC sendiri. Samsung dengan “Exynos”, Apple dengan “A” siri, dan Huawei dengan “Kirin”. Kini Xiaomi mengesahkan akan menjadi jenama telefon ke-4 yang bakal menyertai liga eksklusif ini tidak lama lagi.
Xiaomi harini memperkenalkan SoC mereka sendiri yang digelar sebagai ‘Pinecone Surge S1. Mereka akan berkerjasama dengan syarikat Leadcore yang akan membantu dalam pembinaan cip Pinecone ini. Xiaomi bakal menjadi pengeluar telefon pintar Cina yang kedua selepas Huawei yang memiliki unit pemprosesan sendiri,Kirin.
Pinecone Surge S1 merupakan cip pemproses 8-teras 64-bit bersama 4-teras Cortex A53 yang mencatatkan kelajuan pada 2.2GHz, dan 4-teras Cortex A53 pada 1.4GHz. Dengan kata lain, Xiaomi telah membuat pilihan untuk menggunakan reka bentuk LITTLE SoC yang lebih besar.
Bagi anda yang tertanya-tanya, cip ini telah dibina menggunakan proses pembuatan 28nm HPC+, dan Mali-T860 MP4 GPU ARM digunakan untuk menjaga pemprosesan grafik. Cip Surge S1 ini juga menawarkan sokongan untuk Cat. 4 LTE, dua saluran LPDDR3 933MHz, dan juga standard Vulkan terkini.
Selain daripada itu, ianya juga menawarkan sokongan DSP 32-bit, sokongan VoLTE dan pensampelan 16KHz. Ciri 14-bit dwi-ISP meningkat kepekaan cahaya sehingga 150%, dan juga sokongan noise reduction.
Xiaomi juga turut menambah fungsi keselamatan ke dalam cip ini yang didakwa mampu mengelakkan daripada kebocoran data. Pinecone Surge S1 menyokong resolusi paparan telefon pintar sehingga 2560 x 1600 pixel.
Xiaomi juga turut mendedahkan markah AnTuTu Pinecone S1 adalah lebih tinggi berbanding dengan Snapdragon 625 dan juga chipset Helio P2o. Ofcourselah, skor AnTuTu tidak melambangkan prestasi sebenar in real-life, tetapi kita boleh menjangkakan cip ini ditempatkan dalam kalangan pemproses terbaik di pasaran kelas pertengahan.