Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi cip 2025_

Xiaomi Dilapor Akan Guna Cip Sendiri Untuk Peranti Tahun Depan

Diterbitkan November 27, 2024 · Dikemas kini November 27, 2024 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini dilaporkan dalam persediaan untuk menghasilkan pemproses mudah alih rekaan sendiri bagi telefon pintar terbaharunya, sebagai usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal asing seperti Qualcomm dan MediaTek.

Menurut Bloomberg, sumbernya memberitahu bahawa pengeluaran besar-besaran cip yang direka secara dalaman itu dijangka bermula pada 2025.

Kehadiran pemproses itu kelak mungkin dapat membantu Xiaomi untuk lebih berdikari dan menonjol dalam pasaran Android yang diterajui oleh pelanggan Qualcomm.

Laporan itu juga menyebut bahawa usaha ini akan memberi manfaat kepada matlamat Xiaomi dalam menghasilkan kenderaan elektrik (EV).

Bukan kali pertama, Xiaomi sebelum ini juga pernah dilaporkan bakal beralih kepada cip sendiri pada tahun depan. Namun, apa yang masih tidak jelas setakat ini adalah sejauh mana cip rekaan Xiaomi akan memberikan kelebihan berbanding Qualcomm.

Tambahan pula, Xiaomi selama ini merupakan pelanggan utama Qualcomm, dan sering menjadi antara yang terawal melancarkan telefon pintar dengan cip Snapdragon terbaru. Sebagai contoh, siri Xiaomi 15 baru-baru ini menjadi yang pertama dilancarkan dengan cip Snapdragon 8 Elite.

Berkaitan

  • Xiaomi Dilapor Akan Perkenal Cip Sendiri Pada Tahun Depan
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Xiaomi Perlihat Fungsi HyperConnect, Mudahkan Kongsi Fail Dengan Ekosistem Apple
  • Siri Xiaomi 14T Akan Terima HyperOS 2 Tak Lama Lagi

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY