Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 13_f

Xiaomi Dijangka Perkenal Peranti Andalan Baharu Pada Acara MWC 2023

Diterbitkan Januari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Selepas melancarkan siri Xiaomi 13 untuk pasaran China, Xiaomi kini dilapor akan memperkenalkan model lain dalam barisan siri itu pada acara Mobile World Congress (MWC) 2023.

Berkaitan

  • Konsep: Xiaomi 12S Ultra Boleh Pasang Lensa Leica Tapi Anda Tidak Boleh Dapatkannya
  • Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica
  • Lei Jun Sahkan Siri Xiaomi 13 Akan Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi

Memetik laporan 91Mobiles, sumber industri memberitahu Xiaomi dijangka memperkenalkan peranti andalan baharu yang mungkin dipanggil sebagai Xiaomi 13S Ultra. Dinyatakan, jenama dari China itu bekerjasama dengan pembuat kamera Leica dalam penghasilan peranti tersebut. Sama seperti model Xiaomi 13 yang lain, ia mungkin dimuatkan dengan lensa Leica.

Antara lainnyaa, Xiaomi 13S Ultra dijangka hadir dengan sensor 1-inci seperti Xiaomi 12S Ultra, tetapi dengan beberapa penambahbaikan. Dari segi janaan kuasa dan paparan peranti, berkemungkinan ia didatangkan dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan QHD+.

Selain daripada butiran yang telah disebutkan, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti andalan Xiaomi yang bakal dilancarkan kelak.

Untuk makluman, acara MWC 2023 akan diadakan di Barcelona bermula 27 Februari hingga 2 Mac 2023. Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat mengenainya dari semasa ke semasa, menjelang acara MWC 2023.

Sumber: 91mobiles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY