Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
12s ultra leica external 5

Konsep: Xiaomi 12S Ultra Boleh Pasang Lensa Leica Tapi Anda Tidak Boleh Dapatkannya

Diterbitkan November 2, 2022 · Dikemas kini November 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Xiaomi mengumumkan rekaan konsep untuk Xiaomi 12S Ultra yang mana ia menyokong pemasangan lensa luar buatan Leica pada kamera.

Seperti dalam video di bawah, telefon tersebut boleh digabungkan dengan lensa luar, memberikan penggambaran mudah alih yang baharu.

Telefon tersebut sendiri mempunyai 2 sensor 1 inci serta dilindungi kaca nilam untuk ketahanan yang tinggi.

Lensa yang boleh disambungkan pula ialah daripada siri M atau model spesifiknya ialah Leica Summilux-M 35mm f/1.4 ASPH.

Dengan mount jenis M, maka mana-mana lensa M juga boleh digunakan.

Dari segi perisian pula, gabungan telefon dengan lensa luar itu hadir dengan ciri seperti focus peaking, garis zebra, histogram dan penggambaran dalam format RAW 10-bit.

xiaomi leica lens

Bilakah ia akan terjual di pasaran? Sayang seribu kali sayang, konsep ini akan kekal di ‘makmal’ Xiaomi.

Kata syarikat China it, ia tidak akan tersedia untuk pasaran komersial. Jadi, anda boleh tinggalkan angan-angan untuk mendapatkannya.

Berkaitan

  • Xiaomi Kongsi Sampel Gambar Daripada Xiaomi 12S Yang Guna Leica
  • Siri Xiaomi 12S Diperkenal, Cip Snapdragon 8+ Gen 1 Dengan Kamera Leica
  • Perbandingan Gambar - Xiaomi 12S Ultra, Galaxy S22 Ultra Dan iPhone 13 Pro
  • Skor Markah DxOMark Bagi Kamera Xiaomi 12S Ultra Lebih Rendah Berbanding 11 Ultra
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Siri Xiaomi 12T Bakal Dilancar Minggu Depan, Sah Akan Dilengkapi Sensor 200MP
  • Tak Perlu Aplikasi Berasingan, 'App' Galeri Xiaomi Boleh Muat Naik Terus Ke Google Photos
  • Xiaomi Tutup Perniagaan Servis Kewangan Di India

Kalaulah satu hari ada pengeluar telefon yang merealisasikannya, pasti ramai pengguna teruja dan sanggup berhabisan ribuan ringgit.

Phone📱? Camera📷? BOTH!
What would you classify this as? #Xiaomi12SUltraConcept pic.twitter.com/uzJVzifou4

— Agatha Tang (@aggasaurus) November 2, 2022

Bukan kerana pengalamannya saja, tapi teknologi ini juga akan mengangkat ‘mobilegraphy’ ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan lensa yang ‘sebenar’.

Sumber: Android Authority

Gambar utama: Crast

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY