Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dipanggil Sebagai Black Shark Helo

Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dipanggil Sebagai Black Shark Helo

Diterbitkan Oktober 22, 2018 · Dikemas kini Oktober 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sebagai kesinambungan kepada model terdahulu, Xiaomi bakal memperkenalkan Black Shark 2 pada esok, 23 Oktober.

Akan bersaing dalam pasaran telefon yang memfokuskan kepada permainan mudah alih, peranti dikatakan bakal menggunakan nama lain iaitu Black Shark Helo. Belum dapat dipastikan apa maksud “Helo” dan mengapa Xiaomi meletakkan nama sedemikian.

Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dipanggil Sebagai Black Shark Helo

Ada pihak berpendapat ia tidak menggunakan nama Black Shark 2 kerana model itu hanya membawakan sedikit kelainan berbanding model sebelumnya.

Seperti model pertama, Black Shark Helo menampilkan Snapdragon 845, RAM 8GB dan storan sebesar 128GB. Turut hadir adalah skrin paparan 6 inci dengan nisbah paparan 18:9 dan dijana dengan bateri 4000 mAh.

Perubahan yang diperkatakan pada model ini adalah panel belakang yang direka semula bersama-sama logo LED yang bernyala.

Selain itu, iklan acah mula tersebar di internet membayangkan penggunaan sistem penyejukan cecair dan akan mempunyai penerimaan isyarat yang lebih baik, supaya pengguna tidak bermasalah bermain permainan dalam talian.

Screen Shot 2018-10-22 at 8.38.15 AM

Ia akan diperkenalkan di China terlebih dahulu dan dijangka menjengah pasaran antarabangsa pada penghujung November 2018.

Sumber: Phone Arena dan GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY