Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 15T Pro_Summary_Mocha Gold_R6

Xiaomi 17T Pro Terima Kelulusan SIRIM, Dijangka Tiba Di Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan April 21, 2026 ยท Dikemas kini April 21, 2026 oleh Amalina Athman

Xiaomi 15T dan 15T Pro baru sahaja dilancarkan sekitar September tahun lalu, namun nampaknya peminat jenama ini mungkin tidak perlu menunggu lama untuk melihat kehadiran penggantinya.

Perkembangan terbaru menunjukkan Xiaomi 17T Pro telah menerima pengesahan SIRIM, menandakan pelancarannya untuk pasaran Malaysia akan tiba tidak lama lagi. Melalui penyenaraian itu, peranti dengan nombor model 2602EPTC0G ini telah didaftarkan pada 2 April 2026 dengan kod kelulusan RGQL/77K/0326/S(26-1459).

Xiaomi 17T Pro SIRIM_

Selain Malaysia, Xiaomi 17T Pro turut dikesan dalam pangkalan data IMDA di Singapura. Menariknya, ia disenaraikan bersama Xiaomi 17T yang hadir dengan nombor model 2602DPT53G, sekali gus menguatkan lagi petanda bahawa pelancaran global bagi siri ini semakin hampir.

Di Malaysia, hanya Xiaomi 17T Pro dikesan dalam pangkalan data SIRIM, sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis.

Dari segi spesifikasi, beberapa laporan mendakwa Xiaomi 17T Pro berkemungkinan akan dijana cip MediaTek Dimensity 9500, manakala model standard Xiaomi 17T pula dijangka menggunakan Dimensity 8500.

Buat masa ini, tarikh pelancaran juga masih belum didedahkan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Xiaomi dalam masa terdekat.

Gambar utama: Xiaomi 15T Pro

Berkaitan

  • Xiaomi 17 Rasmi Untuk Pasaran Global, Pra-Tempah Kini Dibuka Dengan Harga Bermula RM3,499
  • Xiaomi 17 Ultra Dan Leica Leitzphone Dilancar Dengan Fokus Fotografi Profesional, Harga Bermula RM5,499
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Xiaomi 17 Ultra Selesaikan 3 Masalah Besar Kamera Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY