Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 17

Xiaomi 17 Rasmi Untuk Pasaran Global, Pra-Tempah Kini Dibuka Dengan Harga Bermula RM3,499

Diterbitkan Mac 1, 2026 · Dikemas kini Mac 1, 2026 oleh Amsyar Latif

Xiaomi kini melancarkan siri andalan baharu mereka iaitu siri Xiaomi 17 untuk pasaran global.

Xiaomi 17 menampilkan skrin 6.3 inci CrystalRes OLED dengan resolusi 2656 × 1220 piksel serta kadar segar semula adaptif LTPO 1Hz hingga 120Hz. Paparan ini turut menyokong Dolby Vision, HDR10+ dan mencapai tahap kecerahan puncak sehingga 3500 nits. Skrin ini juga dilindungi Xiaomi Shield Glass serta mempunyai beberapa pensijilan TÜV Rheinland termasuk Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly untuk pengalaman penggunaan yang lebih selesa.

Dari segi fotografi, Xiaomi 17 dilengkapi sistem kamera Leica dengan lensa Leica Summilux. Kamera utamanya menggunakan sensor Light Fusion 950 beresolusi 50MP dengan apertur f/1.67 serta sokongan OIS. Ia turut digandingkan dengan kamera telefoto 50MP 60mm yang menyokong fotografi makro sehingga 10cm serta kamera ultra lebar 50MP dengan sudut pandang 102 darjah.

Untuk swafoto, Xiaomi menyertakan kamera hadapan 50MP dengan sudut pandang 90 darjah. Telefon ini turut menyokong rakaman video sehingga 8K 30fps serta rakaman Dolby Vision sehingga 4K 60fps.

Dari segi prestasi, Xiaomi 17 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 berasaskan proses 3nm yang digandingkan dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1. Peranti ini juga menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 3 bersama ciri Xiaomi HyperAI.

Walaupun hadir dalam badan kompak seberat 191 gram, Xiaomi 17 dilengkapi bateri 6330mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W HyperCharge serta pengecasan tanpa wayar 50W. Ciri lain termasuk pengimbas cap jari ultrasonik dalam skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, Wi-Fi 7 dan penarafan kalis air serta habuk IP68.

Xiaomi 17 Series Pre-order KV

Di Malaysia, Xiaomi 17 ditawarkan dalam dua konfigurasi iaitu 12GB + 256GB (eksklusif dalam talian) pada harga RM3,499 dan 12GB + 512GB pada harga RM3,799 dengan pilihan warna Black, Venture Green, Alpine Pink dan Ice Blue.

Berkaitan

  • HyperOS 3.0: Xiaomi Hampir Mendekati Pengalaman Ekosistem iOS
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Xiaomi Tag Dilancarkan Di Malaysia, Harga Dari RM59

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY