Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 14 october

Xiaomi 14 Sah Akan Dilancar Bulan Ini

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengesahkan peranti andalan akan datang, siri Xiaomi 14 akan dilancarkan pada bulan ini, sekurang-kurangnya untuk pasaran China.

Berkaitan

  • Tak Banyak Beza, Mungkin Ini Rekaan Xiaomi 14 Pro
  • CEO Xiaomi Umum Sistem Operasi Baharu, Xiaomi HyperOS

Menerusi pengumuman di Weibo, syarikat itu menyatakan akan meneruskan kerjasama dengan Leica untuk teknologi kamera yang digunakan pada barisan peranti itu.

Xiaomi 14 October 2023

Xiaomi akan memperkenal sistem optik generasi baharu yang terdiri daripada lensa Leica Summilux. Difahamkan, sistem itu akan digunakan untuk pertama kali bagi siri Xiaomi 14.

Selain itu, Xiaomi 14 dijangka akan dilengkapi cip terkini Snapdragon 8 Gen 3. Sebagai tambahan, Xiaomi sebelum ini turut mendedahkan barisan peranti andalan itu akan menjadi yang pertama dilengkapi sistem operasi baharu, Xiaomi HyperOS.

Setakat ini, belum ada tarikh spesifik yang diumumkan, namun apa yang pastinya ia akan dilancarkan pada bulan ini. Berkemungkinan beberapa hari selepas acara Snapdragon Summit, di mana cip Snapdragon 8 Gen 3 akan diperkenal.

  • Beli produk Xiaomi di Shopee: https://invl.io/clk2qwt
  • Beli produk Xiaomi di Lazada: https://invol.co/clk2qx4

Sumber: Weibo Xiaomi via GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY