Siri Xiaomi 12S Diperkenal, Cip Snapdragon 8+ Gen 1 Dengan Kamera Leica

Tiga model baharu telah dirasmikan untuk siri baharu Xiaomi S iaitu Xiaomi 12S, Xiaomi 12S Pro dan Xiaomi 12S Ultra.

Xiaomi 12S dan 12S Pro membawakan tubuh yang sama dengan siri Xiaomi 12 sebelum ini namun berbeza dengan 12S Ultra yang hadir dengan modul kamera sangat berlainan.

Apa yang sama tentang kesemua model ini ialah penjenamaan Leica pada modul kamera belakang, bermakna kemampuan kameranya juga lebih handal daripada mana-mana telefon Xiaomi sebelum ini.

Mereka dilengkapkan dnegan lensa Summicron Leica dan menyokong profil pengimejan Leica. Pengguna boleh memilih 'vibe' berbeza kali ini dengan pilihan Leica Authentic Look dan Leica Vibrant Look.

Seperti namanya, Leica Authentic Look membawakan penampakan semula jadi manakala Leica Vibrant Look pula satu talaan gaya fotografi hasil kerjasama Xiaomi dan Leica.

Selain itu, ketiga-tiganya juga boleh mengambil gambar dalam 10-bit RAW yang dikalibrasi Adobe Labs.

Xiaomi 12S


Xiaomi 12S\

Dalam barisan ini, model standard ini menjadi model dengan spesifikasi paling rendah tapi tidak bermakna tidak berkuasa.

  • Cip: Snapdragon 8+ Gen 1

  • RAM/Storan: 8GB/128GB, 8GB/256GB, 12GB/256GB, 12GB/512GB

  • Paparan: 6.28” AMOLED (E5, 120Hz, FHD+)

  • Kamera: 50MP utama, 13MP sudut lebar, 5MP makro

  • Swafoto: 32MP

  • Bateri:  4500mAh

  • Pengecasan: 67W berwayar, 50W tanpa wayar


Ia dijual bermula RMB 3,999 (~RM2636) di China.

Kedua-dua 12S dan 12S Pro tampil dengan sensor Sony IMX707 sebagai kamera utama dengan saiz sensor 1/1.28” dan 2.44μm selepas pixel binning. 

Dibantu Xiaomi AI Image Solution dan Xiaomi ProFocus, kamera mampu dilancar dan mengambil gambar dengan pantas.

Xiaomi 12S Pro


Xiaomi 12S Pro

Antara perubahan ialah dari segi panel di mana model ini menggunakan E5 dengan saiz yang lebih besar daripada model biasa.

  • Cip: Snapdragon 8+ Gen 1

  • RAM/Storan: 8GB/128GB, 8GB/256GB, 12GB/256GB, 12GB/512GB

  • Paparan:  6.73” LTPO AMOLED (E5, 1-120Hz, 2K)

  • Kamera: 50MP utama, 50MP sudut lebar, 50MP telefoto

  • Swafoto: 32MP

  • Bateri: 4600mAh

  • Pengecasan: 120W berwayar, 50W tanpa wayar


Xiaomi 12S Pro has triple 50MP cameras co-designed with Leica

Cip Surge P1 dibawa masuk ke dalam 12S Pro sebagai cip pengecasan pantas.

Ia juga menggunakan HyperOIS untuk penstabilan video yang lebih baik.

Di China, harganya bermula RMB4,699 (~RM3,097).

Xiaomi 12S Ultra




Sekali pandang, ia mengingatkan pada rekaan modul kamera pada vivo X80 dan HONOR Magic4 Pro dan ia menjadi tumpuan kerana kemampuan kameranya yang dikatakan terbaik dalam siri ini dan mungkin juga sejarah Xiaomi.

Sensor Sony IMX989 Quad-Bayer menarik perhatian kerana saiz sensornya sangat besar iaitu 1 inci jadi ramai yang tidak sabar melihat apakah telefon ini benar-benar memanfaatkan segala teknologi yang ada padanya.

  • Cip: Snapdragon 8+ Gen 1

  • RAM/Storan: 8GB/256GB, 12GB/256GB, 12GB/512GB

  • Paparan: 6.73” LTPO AMOLED (E5, 1-120Hz, 2K)

  • Kamera: 50MP utama (Sony IMX989), 48MP sudut lebar, 48MP telefoto

  • Swafoto: 32MP

  • Bateri: 4860mAh

  • Pengecasan: 67W berwayar, 50W tanpa wayar, 100W berbalik


Menariknya, ia dilengkapi cip Surge P1 dan Surge G1 untuk pengurusan pengecasan dan bateri.



Model ini kata Xiaomi adalah telefon Android pertama menyokong rakaman dan boleh memainkan Dolby Vision HDR.

Lensa aspheric 8P juga dilengkapkan di mana ia dapat mengatasi masalah silau, ghosting dan seumpamanya. Bukan saja itu, ia juga mempunyai perlindungan IP68.

Xiaomi 12S Ultra dijual serendah RMB5,999 (~RM3,954).

Namun, berita buruknya kesemua telefon ini dipasarkan di China sahaja.

Sumber: Xiaomi