Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Naikkan Harga Konsol Xbox Bermula 1 Ogos

Xbox Cloud Gaming Kini Ada Pakej Ikut Jam, Bermula AS$3.99

Diterbitkan Oktober 22, 2026 oleh Amsyar Latif

Microsoft memperkenalkan Cloud Playtime, pilihan baharu untuk menggunakan Xbox Cloud Gaming tanpa perlu melanggan Xbox Game Pass, dengan harga bermula AS$3.99 (~RM16) bagi 10 jam permainan.

Menurut pengumuman rasmi Xbox, perkhidmatan itu mula diuji pada 21 Oktober 2026 dalam kalangan pengguna Xbox Insider yang tidak mempunyai langganan Game Pass aktif, sebelum diperluaskan kepada lebih ramai pengguna pada November.

Tiga pakej Cloud Playtime ditawarkan pada harga pengenalan seperti berikut:

  • 10 jam: AS$3.99 (~RM16)
  • 25 jam: AS$7.99 (~RM32)
  • 50 jam: AS$11.99 (~RM50)

Berbeza daripada langganan bulanan, masa bermain yang dibeli tidak mempunyai tarikh luput dan akan kekal dalam akaun sehingga digunakan sepenuhnya.

Ini bermakna pengguna yang membeli pakej 50 jam boleh menggunakan baki masa tersebut mengikut keperluan, tanpa perlu menghabiskannya dalam bulan yang sama.

Berkaitan

  • XBOX Cloud Gaming Dalam Game Pass Akan Dihadkan Mengikut Jam Bulanan Mulai November
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800

Tidak Perlu Langgan Xbox Game Pass

Cloud Playtime turut menawarkan pengalaman permainan tanpa iklan, masa menunggu lebih singkat serta penstriman berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, pembelian pakej tersebut tidak memberikan akses kepada keseluruhan katalog Xbox Game Pass.

Sebaliknya, pengguna perlu memiliki permainan yang menyokong Xbox Cloud Gaming atau memainkan permainan percuma terpilih yang tersedia melalui perkhidmatan tersebut.

Dalam masa yang sama, Microsoft turut menguji pilihan Xbox Cloud Gaming secara percuma dengan sokongan iklan bagi pengguna Xbox Insider.

Berkait Dengan Had Masa Xbox Game Pass

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa Microsoft bakal memperkenalkan had penggunaan Xbox Cloud Gaming mengikut pelan Game Pass mulai November 2026.

Pelanggan Game Pass Ultimate akan diberikan 15 jam sebulan, Premium sebanyak 10 jam, manakala Essential terhad kepada 5 jam sebulan. Pengguna yang memerlukan masa tambahan boleh membelinya secara berasingan.

Buat masa ini, harga Cloud Playtime masih merupakan harga pengenalan dan mungkin berubah selepas pelancaran lebih meluas.

Xbox Cloud Gaming juga belum disokong secara rasmi di Malaysia, manakala ketersediaan Cloud Playtime bergantung pada pasaran, peranti dan kelayakan akaun pengguna.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • COROS PACE 4 Pro Dengan Bateri Hingga 21 Hari Tiba Di Malaysia Pada Harga RM1,999
  • Aplikasi TuJu Alami Gangguan Teknikal - Langkah Pemulihan, Tambah Baik Sistem Sedang Dilaksana
  • "Iron Man" Dan Snap Berkolaborasi Lancar Cermin Mata AR Berharga RM10,000
  • Perkhidmatan Dalam Talian TH-Maybank Islamic Kembali Beroperasi - Tabung Haji
  • Berpindah Ke Malaysia Atau Dibuang Kerja, 50 Pekerja Kontrak Amazon Di Jepun Dilaporkan Diberi Kata Dua
  • Google Maps Di Apple CarPlay Kini Mula Terima Gemini AI
  • Bekalan Logam Yttrium Terhenti Ancam Industri Semikonduktor Dan Elektronik Jepun
©2026 WISER.MY