Firma tersebut menyalahkan pekerjanya.
Syarikat pemula yang membangunkan teknologi kamera keselamatan, Wyze telah mengsahkan berlakunya insiden kebocoran data pelanggan mereka.
"Today, we are confirming that some Wyze user data was not properly secured and left exposed from December 4th to December 26th." Wyze
Insiden tersebut dipercayai berlaku pada awal bulan ini yang menjejaskan berjuta data peribadi pelanggan.
Walaupun data seperti kata laluan dan info perbankan pelanggan tidak terjejas, tapi alamat e-mel dan akaun rangkaian Wi-Fi pelanggan mereka dipercayai terdedah dari 4 Disember hingga 26 Disember lalu.
Isu kebocoran data Wyze ini mula dilaporkan oleh pihak keselamatan 12 Security yang mendakwa sekitar 2.4 juta pelanggan Wyze terkesan dengan isu ini.
Wyze menyatakan isu ini berlaku apabila pekerja mereka gagal mengikuti protokol ketika proses memindahkan data pelanggan ke pangkalan data baru.
"... a mistake was made by a Wyze employee on December 4th when they were using this database and the previous security protocols for this data were removed. We are still looking into this event to figure out why and how this happened." Wyze.
Berikutan insiden ini, Wyze telah memohon maaf kepada para pelanggan mereka dan akan menambah baik keselamatan data pelanggan mereka.
"Again, we are deeply sorry for this situation. Thank you for your patience as we work through this process. We have been reading through everyone’s comments and are continuing to work together on methods to improve our security and ensure that similar occurrences never happen again." Wyze.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- Kecacatan Ciri Keselamatan Android Menyebabkan Berjuta Pengguna Mereka Terdedah Kepada Serangan SMS Palsu
- Kamera Terkecil Di Dunia Ini Sehalus Sebutir Pasir
- DJI Perkenalkan Produk Terbaru Kamera Aksi Osmo Action
- Lagi Perisian Hasad Eksploitasi Kecacatan Ciri Keselamatan Android, Tapi Pengguna Jangan Risau
- Penggodam Eksploitasi Kelemahan Ciri Keselamatan Pelayar Firefox
- Insta360 Dedahkan Bagaimana Kamera Aksi Terbaru Mereka Diuji
- Pepijat Dalam Cip Qualcomm Menjejaskan Keselamatan Telefon Pintar Android
- Bandaraya Seoul Akan Dipasang Kamera Pintar Yang Mampu Mengesan Jenayah Sebelum Ia Berlaku
- Selepas 84 Tahun, Olympus Akhirnya Mengundurkan Diri Dari Dunia Kamera
- Mahu Jana Lebih Untung, Glazers Mahu Pemain Man Utd Pakai Kamera Badan