Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Lagi Perisian Hasad Eksploitasi Kecacatan Ciri Keselamatan Android, Tapi Pengguna Jangan Risau

Diterbitkan April 19, 2024 · Dikemas kini April 19, 2024 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Kaspersky telah melaporkan penemuan perisian hasad Android perbankan baharu bernama ‘SoumniBot‘

Perisian hasad ini menggunakan pendekatan pengeliruan yang jarang digunakan dengan mengeksploitasi kelemahan dalam prosedur pengekstrakan dan penghuraian manifes Android.

Fail manifes (‘AndroidManifest.xml’) memang sedia ada terdapat di dalam direktori akar setiap aplikasi dan mengandungi butiran tentang komponen (perkhidmatan, penerima siaran, pembekal kandungan), kebenaran dan data aplikasi.

Penganalisis Kaspersky mendapati bahawa SoumniBot menggunakan tiga kaedah berbeza yang melibatkan manipulasi pemampatan dan saiz fail manifes, untuk memintas semakan parser.

Lagi Perisian Hasad Eksploitasi Kecacatan Ciri Keselamatan Android, Tapi Pengguna Jangan Risau

Teknik itu membolehkan SoumniBot mengelak langkah keselamatan standard yang terdapat dalam telefon Android dan melakukan operasi mencuri maklumat.

SoumniBot menyasarkan pengguna Korea dan seperti banyak aplikasi Android yang berniat jahat, ia menyembunyikan ikonnya selepas pemasangan untuk menjadikannya lebih sukar untuk mengalih keluarnya.

Walau bagaimanapun, ia kekal aktif di latar belakang, memuat naik data daripada mangsa.

Ekoran itu, Kaspersky telah memaklumkan kepada Google tentang ketidakupayaan APK Analyzer, utiliti analisis rasmi Android untuk mengendalikan fail menggunakan kaedah pengelakan di atas.

Kapersky juga memperincikan teknik yang digunakan oleh Trojan ini, supaya penyelidik di seluruh dunia mengetahui taktik, jika jenis perisian hasad lain yang mungkin meminjam teknik yang sama pada masa hadapan.

BleepingComputer juga telah menghubungi Google untuk mendapatkan ulasan, dan jurucakap Google telah membalas dengan kenyataan berikut:

“Berdasarkan pengesanan semasa kami, tiada aplikasi yang mengandungi perisian hasad ini ditemui di Google Play. Pengguna Android dilindungi secara automatik daripada versi perisian hasad yang diketahui oleh Google Play Protect, yang dihidupkan secara lalai (default) pada peranti Android dengan Google Play Services.

Google Play Protect boleh memberi amaran kepada pengguna atau menyekat aplikasi yang diketahui menunjukkan tingkah laku berniat jahat, walaupun apabila aplikasi tersebut datang daripada sumber di luar Play“. – Jurucakap Google

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Kaspersky, BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY