Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Ace _ Ace Pro Key Visual (No Copy)

Insta360 Dedahkan Bagaimana Kamera Aksi Terbaru Mereka Diuji

Diterbitkan Disember 27, 2023 ยท Dikemas kini Disember 27, 2023 oleh ariff bukhari

Pembangun dan pengeluar kamera aksi bersudut 360 darjah, Insta360 telah berkongsikan video pendek disebalik tabir yang menunjukkan bagaimana cara mereka memastikan produk kamera aksinya cukup lasak untuk kegunaan di dunia sebenar.

Kamera aksi Insta360 Ace dan Ace Pro, yang direka dengan kejuruteraan bersama Leica, memulakan kemunculannya pada bulan November 2023 lalu.

Barisan kamera ini menjanjikan imej berkualiti tinggi dalam reka bentuk yang lasak dan padat.

Menerusi video tersebut, anda boleh melihat betapa lasaknya kamera ini. Dalam seminit setengah, Insta360 meletakkan Ace Pro melalui ujian gegaran tinggi. Turut diuji adalah engsel skrin sentuh kamera itu ke atas dan ke bawah berulang-ulang kali.

Anda boleh tonton video penuh yang hanya berdurasi 1 minit 34 saat itu di saluran YouTube Insta360.

Insta360 Ace dan Insta360 Ace Pro adalah kamera aksi yang dilengkapi ciri AI dengan masing-masing dijual pada harga RM1,749 dan RM2,099.

Beli pelbagai model kamera aksi Insta360 di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Kamera Aksi Terbaru Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition Dengan Kejuruteraan Leica Dilancarkan
  • Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia
  • Insta360 GO 3 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799
  • Insta360 Lancar Kamera Aksi Terbaru, Ace & Ace Pro Dikuasakan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY